Terima kasih kerana menggunakan sistem myPetroleum ini. Sila mendaftar sebelum menggunakan sistem ini. Pastikan semua maklumat transaksi yang dimasukkan adalah tepat bagi mengekalkan status pengecualian anda.
Sistem ini sedia digunakan untuk urusan rasmi anda di bawah Butiran 58A, Jadual A (Orang yang Dikecualikan Cukai). Sila patuhi garis panduan pelaporan yang telah ditetapkan.
Melibatkan pengawasan proses pengisian minyak diesel yang mendapat pengecualian cukai jualan ke kapal secara masa nyata bagi memastikan ketepatan sukatan dan tiada pelanggaran syarat pengecualian.
Mematuhi SOP keselamatan, pemeriksaan injap serta hos dan kawalan pam bagi mencegah pencemaran.
UtamaMemastikan jumlah, jenis dan dokumen adalah sah, mematuhi syarat permit, serta mencegah sebarang aktiviti penyelewengan.
UtamaDikawal ketat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia bersama berwajib bagi membanteras ketirisan minyak bersubsidi.
UtamaSemua permohonan boleh dibuat secara dalam talian pada bila-bila masa tanpa perlu hadir ke kaunter. Proses menjadi lebih mudah, cepat dan teratur.
Sistem MyPetroleum direka untuk mempercepatkan proses permohonan dengan antaramuka yang mesra pengguna serta menjimatkan masa anda.
Akses sistem MyPetroleum di mana sahaja dan pada bila-bila masa menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar yang mempunyai sambungan internet.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Melaka.
Aktiviti pemantauan perkastaman bagi bunkering (bekalan bahan api kapal) melibatkan pengawasan bekalan bahan petroleum di bawah seliaan Bahagian Perkastaman - Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan pematuhan prosedur kastam, kawalan ke atas bekalan kapal yang diberikan pengecualian, serta pencegahan ketirisan hasil negara dan aktiviti haram.
Pegawai pakar dirujuk bagi mendapatkan pandangan dan pengesahan berhubung aspek pengecualian di bawah Jadual A, Butiran 55, khususnya berkaitan pelaksanaan aktiviti bunkering petroleum serta pemakaian peruntukan pengecualian yang berkaitan.
Membantu syarikat dalam memastikan pematuhan terhadap peruntukan perundangan dan prosedur kastam yang berkaitan, termasuk memastikan pegawai kastam yang dilantik melaksanakan tanggungjawab dan keperluan yang ditetapkan dengan sewajarnya.
Memberi panduan dan khidmat nasihat kepada syarikat bagi memastikan pegawai yang dilantik memahami peranan, tanggungjawab dan keperluan pematuhan yang ditetapkan. Pendekatan ini dapat membantu syarikat mengurangkan risiko ketidakpatuhan, meningkatkan kecekapan pengurusan urusan kastam serta memastikan segala urusan berkaitan dilaksanakan dengan teratur dan selaras dengan peraturan yang ditetapkan.
Semasa aktiviti bunkering dijalankan, pegawai bertanggungjawab melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan terhadap dokumen serta urusan berkaitan pembekalan petroleum. Aspek pematuhan turut diberi perhatian, termasuk memastikan syarikat dan pegawai kastam yang dilantik memahami serta melaksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut prosedur yang ditetapkan. Sebarang isu atau perkara yang memerlukan penjelasan turut dirujuk kepada pegawai pakar bagi mendapatkan pandangan dan tindakan yang bersesuaian.
Pegawai Kastam membuat pemeriksaan ke atas kepatuhan dalam membuat pembekalan minyak kepada kapal-kapal yang berlabuh di jeti.
Berita lagi
Periksaan dijalan kepada lori yang membawa minyak bunker untuk kapal. Pegawai memastikan bahawa tiada sebarang penyelewengan minyak berlaku.
Berita lagi
Pegawai Kastam yang ditugaskan untuk mengawal aktiviti bunker sendang membuat pemeriksaan ke atas kapal tag bot yang membawa minyak untuk dipindahkan ke kapal.
Berita lagi